Makluman kepada semua AJK PIBG SK BANDAR TEMERLOH, Mesyuarat akan diadakan pada;
Tarikh : 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat: Bilik Gerakan, SKBT
Selasa, 2 Julai 2013
MAKLUMAT SARANA IBU BAPA DAN SEKOLAH
Program
Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa
Sarana
Ibu Bapa dan Sarana Sekolah ialah merupakan inisiatif untuk menyatukan setiap
pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti global melalui sekolah. Terkandung di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat
elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan
anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan
anak. Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah,
komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.
Imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar. Ini adalah selaras dengan Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dimana satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi ialah bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.

Kementerian
Pelajaran Malaysia memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat
diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berkualiti tinggi.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan
anak-anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah. Dalam program
sarani ini, para ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga
boleh menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada
pihak sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)